Dagangan Loonie Kekal Stabil, USD/CAD Bakal Teruskan Penurunan Lebih Rendah

246

Harga minyak mentah yang mencatatkan kenaikan pada Jumaat lalu telah menyokong matawang dolar Kanada untuk mengukuh berikutan minyak mentah merupakan antara eksport utama Kanada.

Namun begitu, risiko Coronavirus terus membuatkan pelabur berwaspada di mana turut mempengaruhi permintaan minyak mentah dalam pasaran.

Rancangan negara-negara pengeksport petroleum (OPEC) untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah dilihat akan kembali meningkatkan harga minyak namun keputusan dari Rusia masih dinantikan.

Dolar Kanada diniagakan stabil berbanding US dolar pada penghujung minggu lalu setelah berjaya mengukuh sebelumnya dengan penurunan harga dipamerkan pada carta pasangan USD/CAD.

Harga yang mencatatkan paras ketinggian hampir 1.33300 pada awal minggu lalu kemudiannya telah menunjukkan penurunan melepasi zon SBR (support become resistance) 1.32700 dan menguji paras support 1.32400.

Paras support tersebut diuji beberapa hari sehingga Jumaat di mana harga masih bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di USD/CAD.

Bersambung pada sesi Asia hari ini, harga masih bergelut untuk meneruskan penurunan menembusi support 1.3400 yang juga merupakan zon RBS (resistance become support) pada dagangan sebelum ini.

Penurunan harga dijangka akan menuju ke zon RBS lebih rendah pada 1.32000 sebelum penurunan lebih rendah berkemungkinan mencecah paras 1.31600.

Sebaliknya jika harga pantul membuat kenaikan melepasi halangan MA50, harga akan cuba lepasi zon SBR 1.32700 sebelum meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dilihat akan menguji paras penting 1.3300 sebelum menuju pula pada zon resistance 1.33300 yang diuji awal minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat