Dagangan USD/CAD Bakal Melonjak Atau Sambung Penurunan Minggu Lalu?

624

Harga minyak mentah terus catat penurunan pada permulaan dagangan minggu ini berikutan permintaan yang merosot menyambung kejatuhan semula harga minyak pada penghujung minggu lalu.

Sebelumnya, pasaran minyak mentah kembali disokong oleh campur tangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang mengatakan akan mencari jalan penyelesaian terhadap isu perang harga yang tercetus di antara Arab Saudi dan Rusia.

Setakat awal tahun ini, harga minyak mentah telah mencatatkan sekitar 60% kejatuhan dan menjejaskan kebanyakan syarikat minyak yang terpaksa memotong perbelanjaan dan juga mengurangkan pekerja.

Turut diniagakan lemah adalah matawang dolar Kanada yang terkesan dengan penurunan harga minyak mentah di mana minyak mentah menjadi eksport utama Kanada.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/CAD pada Jumaat lalu, harga membuat penurunan pada awalnya mencecah 380 pips selepas harga minyak mencatatkan sedikit pemulihan.

Namun di penghujung sesi, harga pada carta USD/CAD yang telah mencecah paras terendah harian pada 1.41440 kembali melonjak semula sekitar 300 pips lebih tinggi.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga bergerak perlahan meniti di paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang akan memberikan petunjuk arah pergerakan harga selanjutnya.

Kenaikan lebih tinggi harga dilihat akan menuju ke zon resistance yang diuji harga pada minggu lalu sekitar paras 1.46600.

Kenaikan lebih tinggi dari resistance tersebut akan melepasi paras tertinggi pada dagangan 2015 dan merekodkan paras ketinggian terbaru sejak April 2003.

Namun jika pasaran minyak kembali pulih dan matawang US dolar turut diniagakan lemah, harga bakal membuat penurunan semula dijangka menuju semula zon support pada Jumaat lalu pada 1.41440.

Penurunan seterusnya akan menguji pula zon RBS (resistance become support) sekitar paras 1.40000.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat