Dah Cucuk Booster? FDA Maklumkan Kelulusan Suntikan Ke-4 Untuk Segolongan Rakyat!

708

Badan Berautoriti Persekutuan sebentar tadi telah mengeluarkan kelulusan yang membenarkan suntikan penggalak kedua bagi vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech dan Moderna untuk semua orang berumur 50 tahun ke atas. Langkah itu diumumkan susulan pentadbiran Biden memutuskan bahawa kerajaan harus berusaha untuk meningkatkan imuniti yang semakin berkurangan pada warga Amerika yang lebih tua sekiranya wabak itu melanda di Amerika Syarikat (A.S) pada masa akan datang.

Food and Drug Administration (FDA) atau Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan juga telah membenarkan dos penggalak kedua untuk individu berumur sekurang-kurangnya 12 tahun ke atas bagi mereka yang memiliki imuniti yang lemah. Agensi tersebut menyatakan suntikan tambahan boleh diberikan sekurang-kurangnya empat bulan selepas penggalak pertama untuk kedua-dua kohort.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit dijangka mengeluarkan beberapa jenis panduan mengenai kumpulan mana yang harus mendapatkan suntikan bermula pada hari ini. Pada akhir minggu lalu, para penggubal dasar merancang untuk mengusulkan dos penggalak kedua di parlimen sebagai suatu pilihan yang harus dipertimbangkan oleh warga Amerika yang lebih tua atau orang yang mempunyai masalah kesihatan.

Disisi lain, pegawai kesihatan persektuan menjangkakan bahawa berkemungkinan semua orang akan memerlukan satu lagi suntikan. Terdapat ura-ura bahawa saintis akan membangunkan vaksin yang berfungsi lebih baik terhadap varian yang telah muncul sejak empat bulan lalu.

Idea untuk diberikan satu lagi suntikan adalah berdasarkan kajian dalam tempoh enam bulan selepas kerajaan membenarkan suntikan penggalak yang pertama, dimana hasilnya adalah memuaskan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat