Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD telah pamerkan lonjakan harga pada dagangan Selasa mencatatkan paras ketinggian terbaru 5 minggu.
Apa yang mendorong kenaikan harga tersebut?
Ini adalah disebabkan pengukuhan matawang Euro berikutan harapan untuk para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) bakal mencapai kesepakatan dalam rundingan berkenaan pelan dana pemulihan pada minggu ini.
Sentimen positif ini telah mengatasi data-data ekonomi Eropah yang diterbitkan kurang memberangsangkan.
Namun, pelabur akan kekal berwaspada untuk dagangan Euro menjelang mesyuarat polisi monetari bank pusat Eropah (ECB) pada Khamis.
Turut didorong oleh dagangan berhati-hati oleh matawang US dolar, harga pada carta EUR/USD telah membuat kenaikan lebih 80 pips ke paras ketinggian hampir 1.14100 dari paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini, harga telah membuat kenaikan lebih tinggi mencecah paras 1.14250, mencatatkan paras ketinggian terbaru 4 bulan selepas berjaya melepasi sedikit sahaja paras tertinggi dicapai pada 10 Jun lalu.
Namun menuju ke penghujung sesi Asia, harga bergerak turun semula ke paras sekitar 1.14000 yang menjadi zon resistance harga.
Kenaikan lebih tinggi dijangkakan untuk menuju ke paras 1.14900 yang menjadi paras tertinggi dicapai pada awal Mac lalu ketika krisis pandemik mula menular.
Namun jika harga kembali meneruskan penurunan pada sesi berikutnya, zon sekitar 1.13400 seterusnya pada 1.13000 akan menjadi tumpuan harga.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI