Patut La Euro Meroket Semalam, Ini Sebab Dia!

1,554

Euro didagangkan meningkat ke paras ketinggian empat bulan berbanding US dolar meskipun telah disajikan dengan data ekonomi Eropah yang lebih lemah daripada dijangkakan.

Pengeluaran perindustrian Zon Eropah dicatatkan meningkat hanya sebanyak 12.4% pada bulan Mei berbanding unjuran pasaran untuk kenaikan 15%.

Sementara data sentimen ekonomi tinjauan ZEW Jerman pula menurun kepada 50.3 pada bulan Julai daripada 63.4 yang dicatatkan bulan sebelumnya, manakala tinjauan ZEW di Eropah meningkat sedikit kepada 59.6 daripada 58.6.

Bacaan ini menunjukkan bahawa walaupun Zon Eropah mula menunjukkan pemulihan, namun sentimen pelabur tetap lemah.

Bagaimanapun, dengan harapan bahawa para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) akan mencapai kesepakatan dalam perbincangan mengenai pelan dana pemulihan pada minggu ini, dagangan euro telah meningkat ke paras tertinggi sejak awal Mac pada $1.1423!

Berbanding yen pula, matawang itu mencecah paras tertinggi satu bulan pada paras harga 122.47, dan meningkat ke paras ketinggian dua minggu berbanding pound sterling.

Dalam pada itu, dolar greenback diperdagangkan ke paras terendah satu bulan berbanding sekumpulan matawang utama pada 96.056.

US dolar meluaskan kerugiannya pada sesi sebelumnya, meskipun inflasi AS melonjak melebihi jangkaan pasaran kepada 0.6% pada bulan Jun. Ini merupakan kenaikan paling besar pernah direkodkan dalam tempoh hampir 8 tahun.

Selain itu, laporan mengenai ujian vaksin oleh Moderna Inc juga membantu meningkatkan selera risiko, apabila kesemua 45 sukarelawan yang menjalani ujian menunjukkan hasil positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat