Dakwaan China Tidak Berasas – Hishammuddin

1,404

Malaysia menjadi negara terbaharu yang mengecam sekeras-kerasnya tindakan perluasan tuntutan maritim China di Laut China Selatan.

Kecaman itu jarang sekali disuarakan oleh Malaysia terhadap China yang juga merupakan rakan dagangan terbesar.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan telah menyerahkan surat rasmi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada dua minggu lalu berhubung tuntutan Malaysia ke atas kawasan seluas 370.4km dari sempadan Malaysia di Laut China Selatan.

Tegas Hishammuddin, Malaysia menentang keras dakwaan China yang menyatakan Beijing mempunyai hak sejarah terhadap wilayah terbabit.

Ujarnya lagi, Malaysia mempertimbangkan tuntutan China di Laut China Selatan adalah tidak berasas di bawah undang-undang antarabangsa.

Tambah Hishammuddin, Malaysia akan terus bekerjasama menyelesaikan isu pertikaian di Laut China Selatan bersama-sama negara Asean bagi mengelakkan sebarang insiden buruk di wilayah tersebut.

Selain Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini turut membidas tindakan China yang berterusan membangunkan pulau buatan di wilayah itu tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat