Dalam Banyak-Banyak Presiden AS, Mana Satu Dapat Selamatkan Bitcoin?

158

“Lepas ni entah-entah ramai pula calon presiden nak sokong kripto.”

Sudah sedia maklum Amerika Syarikat (AS) memainkan peranan penting dalam prestasi pasaran mata wang kripto, oleh itu terdapat persoalan yang timbul di kalangan masyarakat dalam menentukan presiden calon manakah yang dapat beri manfaat kepada aset digital.

Walaupun merupakan pengkritik mata wang digital bank pusat (CBDC), gabenor Florida Ron DeSantis adalah penyokong kuat Bitcoin (BTC) susulan meluluskan undang-undang yang membenarkan sesiapa sahaja berdagang aset digital tanpa lesen.

Bukan itu sahaja, DeSantis turut menyertakan pembiayaan blockchain untuk agensi negeri melalui cadangan belanjawan 2022 beliau sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kripto.

Selain DeSantis, Robert F.Kennedy Jr telah muncul sebagai penyokong lantang BTC dalam kem Demokrat selepas didapati melindungi pasaran kripto daripada pelbagai ancaman seperti krisis perbankan dan sokong perjuangan komuniti aset digital yang menentang peraturan termasuk kawalan institusi.

Meskipun begitu, komuniti kripto masih teragak-agak untuk menerima Kennedy Jr sebagai presiden susulan beliau bukan sehaja seorang peguam bela yang lantang malah mempunyai reputasi sangat kontroversi.

Memang tidak dinafikan DeSantis dan Kennedy Jr memiliki pandangan politik berbeza, tetapi mereka yang menghormati potensi kripto telah berjaya meningkatkan pendapat umum berhubung BTC melalui pendekatan politiknya.

Umum mengetahui bahawa perkembangan dan kepentingan BTC pasti akan menjadi lebih jelas apabila pilihan raya presiden 2024 semakin menghampiri ditambah pula banyak calon mungkin muncul dalam memberi pandangan berhubung kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat