Dalam Diam China Jalin Pakatan Dengan ‘Musuh’ Amerika

1,161

China menjalin hubungan dengan rakan-rakan autokratik seperti Rusia dan iran, serta negara-negara serantau yang bergantung kepada ekonomi, selain turut menggunakan sekaran dan ancaman untuk memecah-belahkan sekutu yang sedang dibangunkan Amerika Syarikat untuk menentangnya.

Para diplomat dan penganalisis mengatakan pentadbiran Biden telah mendorong demokrasi lain untuk menentang China dalam isu hak asasi manusia dan keselamatan wilayah seperti Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Dalam satu kenyataan kementerian luar China kepada Reuters, Beijing dengan tegas menentang pihak AS yang terlibat dalam pakatan blok politik dan bersekongkol untuk membentuk kelompok anti-China.

Selain itu, ia turut berharap negara-negara yang relevan, melihat dengan jelas kepentingan mereka sendiri, dan tidak akan menjadi alat anti-China oleh AS.

Selepas perbincangan hangat antara diplomat AS dan China di Alaska pada bulan lalu, Beijing juga nampaknya segera menjalin hubungan dengan negara-negara seperti Rusia, Iran dan Korea Utara, yang juga tidak mempunyai hubungan  baik dengan Washington.

Misalnya, beberapa hari selepas pertemuan tersebut, diplomat tertinggi China, Wang Yi menerima panggilan dari menteri luar Rusia Sergei Lavrov, yang meminta Moscow dan Beijing untuk menolak agenda ideologi Barat.

Selain itu, Presiden Xi Jinping dilaporkan bertukar pesanan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, meminta kerjasama lebih mendalam dengan negara lain yang bercita-cita untuk senjata nuklear yang telah dikenakan sekatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat