Dalam Diam, Emas Semakin Mara Ke Atas!

1,705

Dagangan emas mendapat keuntungan daripada sentimen pasaran yang berisiko, sekali gus mendorong logam berharga itu untuk meningkat lebih tinggi pada awal minggu.

Walaupun kenaikan yang dicatatkan adalah sederhana, namun ia cukup mencerminkan kesuraman pasaran berikutan kebimbangan terhadap penularan Covid-19 yang semakin meluas.

Pada sesi Asia, harga emas diniagakan sedikit berubah pada $1,786 per auns, mengekalkan keuntungan semalaman yang dicatatkan pada sesi New York sebelum ini. Sementara niaga hadapan emas pula diniagakan pada $1,787 per auns.

Jumlah kes baru coronavirus melonjak sekitar 81% dalam tempoh dua minggu terakhir berikutan varian Delta yang cepat merebak, sehingga memaksa banyak negeri untuk mengembalikan sekatan kesihatan awam.

Antara negeri yang paling teruk terjejas adalah Florida, Louisiana, Hawaii, Oregon dan Mississippi yang telah mencapai puncak baru dalam purata tujuh hari kes harian coronavirus pada hari Ahad.

Selain itu, pemain pasaran turut memantau perkembangan di Afghanistan yang telah mendapat perhatian dunia setelah Taliban merampas ibu kota, dengan menguatkan pegangan pada safe-haven.

Pergerakan lebih agresif dijangka akan dipamerkan harga emas malam ini, ketika data jualan runcit AS yang menjadi tumpuan pelabur dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat