Dapatan Kajian Bundesbank Buatkan Pelabur Matawang Euro Semakin Peka!

252

Bahagian penyelidikan Bundesbank mendapati bahawa walaupun Bank Pusat Eropah (ECB) tidak berhasrat untuk mempengaruhi kadar pertukaran matawang euro namun secara tidak langsung perubahan dasar dan pengumuman dari ECB mempunyai pengaruh yang besar terhadap matawang.

ECB kini berada dalam keadaan yang sukar untuk mengawal kadar pertukaran matawang Euro dengan matawang lain. Pengawalan ini adalah sangat diperlukan bagi mengelakkan dari sebarang tuduhan memanipulasi kadar pertukaran sepertimana yang disuarakan oleh Presiden A.S Donald Trump dalam beberapa tahun ini.

Empat dapatan kajian Bundesbank yang diterbitkan pada hari Isnin menunjukkan bahawa pengaruh ECB terhadap kadar pertukaran, termasuk terhadap dolar AS, adalah besar dan mencatat peningkatan sejak krisis kewangan.

Salah satu kajian mendapati bahawa kesan ECB adalah paling kuat ketika ECB menurunkan kadar faedah jangka panjang. Penurunan ini dijangka dapat menyusutkan matawan euro sebanyak 0.7% berbanding matawang lain.

Bundesbank menyarankan agar pertimbangan ini diambil kira semasa ECB menyampaikan maklumat mengenai dasar monetari.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat