Dari $1,000 Jadi $20,000 Dalam Masa 1 Bulan, Lepas Tu Hangus Semua Modal. Ini Nasihat Dari Seorang Trader Humble

2,284

Pengirim: Trader Humble
Tajuk: 10 Tahun Yang Berliku Dalam Forex

Confession ini dihantar oleh pembaca setia INTRADAY.my: 

Saya bermula trading Forex ketika saya berumur awal 20-an.

Saya masih ingat ketika saya berjaya buat 4,000 daripada 500 USD, tetapi tak lama lepas itu saya loss semuanya bila cuba buka lot yang lebih besar untuk menggandakan profit.

Trend pasaran yang bergerak laju terus buatkan akaun saya stop out semua. Lingkup semua modal.

Kemudian saya mula tambah belajar analisa teknikal dan fundamental tetapi semakin banyak saya belajar, semakin banyak saya kerugian.

Saya sentiasa tanya kepada diri sendiri soalan yang sama, “Apa yang berlaku? Bagaimana saya boleh kalah lagi dan lagi?”

Setiap hari saya akan sentiasa mencari strategi yang berkesan dan boleh menguntungkan, kebanyakannya melalui forum.

Semua strategi baru yang saya belajar hanya berkesan sementara sahaja, kemudian kembali membuatkan saya kerugian.

Namun saya tidak berputus asa, saya terus belajar dan trade.

Kalau nak diikutkan, memang saya lebih banyak rugi daripada untung dan banyak wang dari gaji saya hangus begitu saja.

Perkara ini berpanjangan selama 5 tahun kerana tidak menemui strategi yang terbaik, saya mula mencipta strategi saya sendiri di mana saya dapat membuat keuntungan dengan lebih cepat tanpa mengira arah pergerakan pasaran.

Namun strategi ini tidak akan menjadi jika berlaku pergerakan yang banyak dalam pasaran.

Strategi ini sangat berkuasa, walaupun dengan baki permulaan yang kecil saya mampu menjana banyak wang.

Sebagai contoh baki permulaan saya ialah $1,000 dan dalam 1 bulan saya memperoleh $20,000, tetapi saya tak dapat mengawal risiko dan hasilnya saya terus kehilangan semua keuntungan.

Namun sekurang-kurangnya saya dapat menyelamatkan modal asal $1,000 saya. 

Dalam masa sama selepas kegagalan itu, saya mula berfikir dan mendapat idea.

Saya tahu bahawa saya banyak masuk trade dan lot terkumpul hasil trading saya sangat besar tetapi hasilnya saya akan sentiasa rugi tetapi broker sentiasa terima komisen daripada dagangan saya jadi saya mula terfikir untuk menyertai program IB untuk mendapatkan sebahagian daripada komisen broker.

Jadi selama 2 tahun saya berdagang seperti ini dan saya masih trade secara agresif dengan modal yang kecil, deposit saya berkembang sehingga $10,000–$30,000 dan keputusannya tetap sama.

Pada akhirnya tetap hangus semuanya, tetapi yang berbeza pada kali ini saya mendapat sekitar $800 kembali dalam komisen sebagai IB.

Setahu saya ada juga broker yang tawarkan cashback dari trading kita, ianya seakan komisyen IB juga.

Setelah 8 tahun terlibat dalam dunia trading Forex ini, saya terbaca tulisan dari satu laman web.

Saya sedar usia saya makin meningkat dan kata-kata nasihat itu betul-betul memberi impak kepada saya.

Saya mula berhenti berdagang secara agresif dan fokus pula pada trading jangka panjang.

Perkara yang selalu membunuh deposit saya ialah keinginan untuk membuat lebih banyak wang dan inilah sebabnya saya menggunakan banyak leverage, membuka saiz lot yang besar dan apabila anda sudah mempunyai saiz lot yang besar atau position yang besar, bila saja pasaran berubah dan bergerak laju melawan arah dagangan anda, maka trader tak dapat mengawal emosinya.

Ia akan memburukkan lagi keadaan dan sekarang saya membuat purata 10% sebulan atau 100–120% setahun.

Semuanya stabil dan bagi saya perdagangan Forex merupakan sesuatu yang rutin dan biasa sama seperti memandu kereta.

Nasihat yang boleh saya berikan selepas menghabiskan 10 tahun hidup saya dalam perdagangan Forex ialah perkara pertama yang anda patut pelajari adalah pengurusan wang dan kawalan risiko.

Selepas itu buat strategi dagangan yang konsisten dan stabil, jika anda tidak mempunyai strategi yang stabil, cari tempat untuk belajar.

Ambil tahu juga tentang fundamental pasaran, tinggalkan strategi-strategi yang agresif dan tinggalkan juga group atau channel yang sentiasa mengajar anda untuk trade dengan agresif.

Sentiasa ikut pengurusan wang dan sistem anda, setiap posisi yang anda buka, anda sepatutnya tahu sebabnya dan juga mengapa anda membuka posisi ini pada harga ini.

Tetap dan buang emosi dalam perdagangan, cara untuk anda melatih kawal emosi adalah dengan membuka lot yang kecil dan berpadanan dengan modal anda.

Saya harap perkongsian saya ini akan memberi manfaat kepada yang membaca.

Terima kasih.

Jika anda ingin kongsi kisah pengalaman anda dalam bidang kewangan, hantar confession anda ke email: confession<a>intraday.my

 

Log Masuk/Daftar Akaun Saracen Markets Dan Dapatkan Akses Dokumen MARKET OUTLOOK Yang Menjadi Rujukan Institusi Dan Pedagang Profesional. Log Masuk Sekarang – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat