Dari Mana Datangnya Istilah ‘BULLISH’ & ‘BEARISH’?

6,343

Dalam pasaran kewangan, ‘bull market’ merujuk kepada kenaikan harga yang besar dalam pasaran hingga 20% daripada harga sebelumnya manakala ‘bear market’ merujuk kepada penurunan harga ketara hingga 20% daripada harga sebelumnya.

Istilah ‘bullish’ digunakan apabila situasi berlaku lonjakan harga ketika pelabur menjadi agresif dan positif seterusnya saham mengalami kenaikan harga.

Manakala, pelabur-pelabur menggunakan perkataan ‘bearish’ bagi menggambarkan situasi kejatuhan dalam pasaran dan kebiasaannya saham akan dijual secara besar-besaran pada waktu tersebut.

Tiada sumber-sumber yang kukuh mengapa nama ‘bear’ dan ‘bull’ digunakan bagi menunjukkan pergerakan harga dalam pasaran.

Namun, terdapat beberapa teori yang menerangkan tentang sejarah penggunaan kedua-dua istilah ini yang digunapakai hingga sekarang.

Antaranya ialah cara pergerakan kedua-dua haiwan tersebut dalam mempertahankan diri mereka dan menyerang musuh.

‘Bull’ atau lembu jantan menggunakan tanduknya dengan menyondol ke atas untuk menyerang musuh, dan ini digambarkan sebagai pergerakan menaik harga.

Manakala ‘bear’ atau beruang pula menggunakan telapak tangannya menyerang mangsa ke tanah, menggambarkan penurunan harga.

Terdapat sumber lain yang mengatakan perkataan ‘bear’ dalam pasaran mulanya digunakan berasal dari peribahasa Inggris lama abad ke 16 iaitu “don’t sell the bear’s skin before you’ve killed him” yang bermaksud “jangan menjual kulit beruang sebelum menangkapnya”.

Frasa itu wujud kerana masyarakat pada awal abad ke-18 dahulu gemar menjual sesuatu barangan yang belum lagi menjadi hak milik mereka.

Bagi mendapatkan pendapatan lebih, mereka membeli barangan tersebut pada harga yang lebih murah daripada harga yang bakal mereka jual.

Golongan ini dikenali sebagai ‘bear-skin jobbers’ dan lama-kelamaan hanya digelar ‘bear’.

Bear-skin jobbers merupakan orang tengah yang menjual bearskin terlebih dahulu sebelum menerima barang tersebut.

Mereka membuat spekulasi pada harga pembelian yang akan datang dengan harapan ia akan menurun supaya mereka dapat mengaut keuntungan daripada perbezaan tersebut.

Kini, ia dipanggil ‘shirt selling’.

Justeru, perkataan ‘bear’ mula digunakan sewaktu the South Sea Bubble 1720 apabila ramai pelabur yang menggunakan taktik penjualan yang sama seperti bear-skin jobbers.

Istilah tersebut telah digunakan untuk menggambarkan sebarang saham yang dijual oleh spekulator dalam pasaran saham dengan berharap harga pembelian akan menurun apabila mereka menjual saham tersebut dan mereka dapat mendapat keuntungan.

Oleh itu, istilah ‘bear’ ini telah diteruskan untuk menggambarkan penurunan harga dalam pasaran.

Perkataan ‘bull’ pula dipilih disebabkan ia berlawanan antara satu sama lain.

Tambahan pula, satu lagi teori yang kurang terkenal tentang isu ini adalah apabila pada suatu ketika dahulu, London Stock Exchange mempunyai satu bulletin boards yang dipenuhi dengan bulletins (bull) sewaktu trend menaik manakala apabila tred pasaran menurun, board tersebut akan menjadi kosong (bare).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat