Dasar AS yang Masih Bercelaru Menambah Kebimbangan Global! : Ahli Majlis ECB

38

Ahli Majlis Bank Pusat Eropah iaitu Ewald Nowotny berkata bahawa ketidaktentuan pasaran akan berlarutan khususnya terhadap dasar-dasar seperti perdagangan dan pembaharuan cukai yang agak membimbangkan.

Kenyataan ini diterbitkan menurut satu wawancara Der Standard pada Selasa.

Nowotny yang juga Gabenor Bank Pusat Austria baru sahaja kembali dari persidangan Bank Pusat Dunia dan Bank Dunia yang diadakan di Washington.

Salah seorang daripada interlocutors (individu yang terlibat dalam dialog) di Washington memberitahu bahawa Trump dan pasukannya tidak menjangkakan kemenangan dalam pilihanraya yang lepas. Justeru, mereka dinilai tidak menunjukkan kesediaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya yang melibatkan keputusan pemerintahan.

Ini bermakna, ekonomi terbesar dunia itu berisiko untuk berdepan dengan sedikit ketidaktentuan terhadap hala tuju masa depan.

Permintaan Bagi Emas Mula Menjunam Kerana Faktor Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat