Dasar Perbelanjaan Infrastruktur Trump Langsung Tidak Relevan Buat Ekonomi AS : Pegawai Fed

46

Presiden Fed Minneapolis, Neel Kashkari hari ini menyifatkan bahawa beliau masih tidak melihat sebarang hubungan di antara perbelanjaan infrastruktur dan pertumbuhan ekonomi AS. Menurut beliau, menghabiskan banyak kos untuk membina jalan raya dan lapangan terbang tidak semestinya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi AS dengan lebih pantas.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Kashkari di Persidangan Pelabuhan Fink di UCLA Anderson.

Beliau juga menambah, walaupun infrastruktur yang lebih baik berkemungkinan berupaya untuk meningkatkan produktiviti, namun, pelaburan yang lebih baik buat masa ini ialah kepada sistem pendidikan di Amerika Syarikat.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai rancangan Donald Tump terhadap perbelanjaan infrastruktur yang dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan ekonomi beliau.

Ini Yang Terjadi Kepada Pasaran Minyak Mentah dalam Sesi Asia Pagi Ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat