Data ADP Bulan Julai Kurang Memuaskan, Pasaran Mula Khuatir Data NFP!

760

Data gaji swasta (ADP) dilaporkan catat prestasi kurang baik kerana pertambahan kerja swasta tersasar daripada jangkaan pada bulan Julai. Pertambahan pekerjaan sedikit terbatas kerana kekurangan bahan mentah dan pekerja.

Hal ini menunjukkan tanda-tanda bahawa pemulihan semakin perlahan dalam aktiviti ekonomi dengan rangsangan ekonomi yang terbatas dan jangkitan pandemik Covid-19 kembali membimbangkan berikutan kemunculan varian Delta.

Berdasarkan data yang dikeluarkan dalam Laporan ADP pada hari Rabu, pembayaran gaji dalam pekerjaan sektor swasta meningkat sebanyak 330,000 pekerjaan. Bacaan ini jauh tersasar daripada sasaran ahli ekonomi yang mensasarkan peningkatan sebanyak 695,000 pada bulan Oktober. Data ADP pada bulan Jun telah disemak semula menunjukkan 680,000 pekerjaan yang ditambah.

Setakat ini hampir separuh daripada populasi rakyat Amerika Syarikat telah divaksinasi sepenuhnya, secara tidak langsung ia mendorong peningkatan dalam permintaan pekerja. Walaubagaimanapun, kes Covid-19 yang melonjak sejak akhir-akhir ini didorong oleh penularan varian Delta menghambat pertumbuhan pekerjaan.

Laporan ADP dikembangkan bersama-sama dengan Moody’s (NYSE: MCO) Analytics dan diterbitkan menjelang laporan pekerjaan yang lebih komprehensif yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat ini.

Berdasarkan tinjauan Reuters, data NFP dijangka catat peningkatan sebanyak 130,000 iaitu kepada 880,000 pekerjaan pada bulan Julai. Dalam masa yang sama memberi penekatan bahawa situasi pasaran masih lagi samar-samar.

Tuntutan awal untuk tunjangan pengangguran negeri sedikit berubah antara pertengahan bulan Jun dan pertengahan bulan Julai. Namun secara keseluruhan, jumlah orang yang terus mendapat manfaat bantuan menurun antara tempoh tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat