Data ADP-NFP Memberangsangkan, Inflasi Zon-Eropah 1.30%

509

Tahun baru 2018 bermula dengan catatan tambahan pekerjaan Amerika Syarikat yang begitu memberangsangkan dengan tambahan 234,000 pada Januari menurut ADP dan Moody’s Analytics.

Jangkaan pasaran bagi data ADP-NFP ini hanya 186,000.

“Pasaran pekerjaan terus meningkat,” kata Mark Zandi, ketua penganalisis ekonomi di Moosy’s Analytics. “Dengan kenaikan besar pada Januari, Amerika Syarikat berada pada landasan tepat untuk merekod tambahan 2 juta pekerja dua tahun berturut-turut.”

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak beberapa bulan lalu. Data ADP merekod data lemah pada bulan Jun, namun NFP merekod pengukuhan dan ini menyebabkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data ini menunjukkan prestasi yang begitu kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Inflasi Zon-Eropah Naik 1.3% Sejajar Dengan Jangkaan

Zon-Eropah merekod bacaan inflasi (CPI) 1.3% pada Januari sejajar dengan jangkaan, tetapi kurang daripada bacaan sebelum ini 1.4%.

Bacaan core-CPI yang tidak mengambil kira harga makanan, tenaga, alkohol dan tembakau meningkat 1.0% pada Januari. Bacaan ini juga sejajar dengan jangkaan tetapi lebih tinggi daripada bacaan 0.9% sebelum ini.

Sasaran inflasi bank pusat Eropah (ECB) adalah 2% dan pembuat polisi akan bermesyuarat pada 8 Mac depan. Dengan pertumbuhan kukuh di Zon-Eropah, pasaran semakin tertarik dengan ekonomi blok ini yang jelas dilihat dengan pengukuhan matawang Euro sejak tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat