Data ADP-NFP Rekod 237,000 Pekerjaan Lebih Daripada Jangkaan

53

Data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 237,000 pada Ogos lebih daripada jangkaan pasaran 185,000. Walaubagaimanapun, data pada Julai telah dikaji semula daripada 178,000 kepada 201,000.

Terdapat tambahan 33,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan barangan di mana tambahan sebanyak 16,000 dalam sektor pembuatan dan 18,000 dalam sektor pembinaan. Sektor perkhidmatan pula menambah sebanyak 204,000 pekerjaan pada tempoh sama.

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak dua bulan lalu. Data ADP merekod data lemah pada bulan Jun, namun NFP merekod pengukuhan dan ini menyebabkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini menunjukkan prestasi yang begitu kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam pasaran buruh Amerika Syarikat.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, adakah pengukuhan dalam data pekerjaan akan diterjemahkan kepada tekanan ke atas (upward pressure) harga domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat