Data API Dijangka Terus Menyelubungi Pasaran Minyak Mentah Global

68

Minyak mentah global jatuh ke paras terendah tiga minggu lepas dengan minyak WTI ke paras $51.27 dalam pembukaan pasaran hari ini. Manakala ‘Brent-oil‘ ke paras terendah $54.45 setong. Hal ini berikutan rekod kenaikan stok minyak API yang tertinggi minggu lepas.

Data terbaru inventori minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) merekodkan penambahan stok sebanyak 14.23 juta tong pada minggu berakhir 3 Februari berbanding minggu sebelum ini yang mencatatkan kenaikan 5.8 juta tong. Data kali ini terlalu tinggi berbanding jangkaan pasaran iaitu peningkatan 2.5 juta tong.

Data kali ini adalah penting berikutan penambahan stok yang direkodkan beberapa minggu lepas.

Stok gasolin pula merekodkan peningkatan 2.9 juta tong berbanding 1.37 juta tong yang direkodkan minggu lepas. Secara keseluruhan, penambahan stok yang begitu tinggi ini akan menjejaskan keyakinan kepada pasaran. Kebimbangan semakin memuncak bahawa terdapat lebihan bekalan di dalam pasaran dan kurangnya permintaan kepada komoditi ini.

Ketika ini, harga minyak WTI (West Texas Intermediate)  didagangkan di paras $51.66 setong berbanding paras tertinggi yang dicapai minggu ini pada Isnin di $54.13.

Manakala minyak Brent (Brent-oil) ketika ini didagangkan di paras $54.73 jatuh dari paras tertinggi yang direkodkan minggu ini pada harga $57.13 setong.

Data inventori minyak oleh EIA (Energy Information Administration) akan menjadi perhatian trader komoditi yang akan dikeluarkan pada pukul 11.30 malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat