Data API Jadi Tumpuan, Harga Minyak Stabil

170

Minyak mentah berlegar di sekitar harga yang sama pada sesi Asia, ketika pasaran menantikan pemangkin selanjutnya untuk mempengaruhi dagangan komoditi hitam itu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $81.30 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula sedikit menokok pada sekitar harga $78.80 setong.

Harga minyak susut pada dua sesi sebelumnya selepas bekalan daripada Libya dan Kazakhstan dilaporkan telah kembali ke pasaran minyak mentah, meredakan kekhuatiran terhadap kekurangan bekalan.

Bagaimanapun, penganalisis melihat bahawa tambahan bekalan daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) kekal di bawah kenaikan yang dibenarkan di bawah pakatan OPEC+ 2021.

Hal ini kerana, beberapa negara anggota OPEC, termasuk Nigeria, gagal memenuhi jumlah kuota pengeluaran minyak yang dipersetujui sebelum ini.

Sementara itu, kebimbangan terhadap permintaan kembali meningkats elepas China memulakan kempen ujian besar-besaran di bandar pelabuhan Tianjin kerana negara itu mengekalkan pendekatan toleransi sifar terhadap Covid-19.

Perhatian pelabur kini beralih kepada data bekalan minyak mentah AS daripada Institut Petroleum Amerika (API) yang akan dikeluarkan pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat