Data Berimpak Tinggi Australia Gagal Rangsang Dolar Aussie!

156

Sesi pasaran Asia dihiasi dengan data berimpak tinggi daripada Australia yang menyaksikan pertumbuhan upah di negara itu mencatat kenaikan terbesar ketika tekanan dalam pasaran buruh yang ketat mula dirasai.

Pasaran buruh yang ketat terjadi apabila kekosongan kerja banyak, namun bilangan pekerja yang tersedia adalah terhad.

Angka yang dikeluarkan Biro Perangkaan Australia (ABS) pada pagi ini menunjukkan indeks harga upahnya meningkat 1.0% pada suku ketiga daripada suku sebelumnya, dan lebih baik daripada jangkaan kenaikan 0.9%.

Gaji tahunan dilaporkan meningkat kepada 3.1% daripada 2.6%, kadar terpantas pernah dicatatkan sejak suku pertama 2013.

Bagaimanapun, angka ini dilihat masih jauh di bawah pertumbuhan harga pengguna (CPI) sebanyak 7.3%.

Susulan daripada data tersebut, dolar Aussie gagal memberi reaksi dengan didagangkan sedikit berubah memandnagkan terhadap ketidakpastian lain mempengaruhi pasaran.

Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengambil langkah agresif dalam pengetatan dasarnya untuk memerangi inflasi dengan menaikkan kadar sebanyak 275 mata asas sejak Mei.

Bank pusat itu setakat ini dikatakan berpuas hati dengan kenaikan gaji semasa, mengatakan pertumbuhan adalah jauh di bawah kadar 5% berbanding situasi lebih parah di Amerika Syarikat dan UK.

Sungguhpun begitu, RBA kekal berhati-hati memandangkan inflasi yang tinggi boleh berubah menjadi ‘wage-price spiral’* sekiranya tuntutan gaji meningkat terlalu cepat.

*Kenaikan gaji meningkatkan permintaan barang sekali gus menyebabkan harga melonjak. Tapi, apabila harga naik, ia pula akan mendorong untuk peningkatan gaji lebih tinggi, akhirnya wujud lingkaran dalam upah dan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat