Data China Membunuh Harapan Aussie dan Kiwi Dalam Sesi Ini

43

Dollar Australia dan New Zealand mencatat kemerosotan berbanding US Dollar berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap ekonomi China. Ekonomi kedua dunia itu sebelum ini melaporkan data perdagangan yang dianggap mengecewakan pasaran.

AUD/USD merosot 0.34% kepada 0.7534.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit

Terdahulu, China mengumumkan kejatuhan lebihan perdagangan dari $52.05 billion yang dicatat pada bulan Ogos kepada hanya $41.99 billion.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa eksport China jatuh 10.0% pada bulan September. Data import juga dicatat menurun sebanyak 1.9%.

China merupakan rakan dagangan terbesar bagi Australia, serta rakan eksport kedua terbesar bagi New Zealand.

NZD/USD pula menyusut 0.10% kepada 0.7056.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Sementara itu, matawang AS terus mendapat sokongan selepas minit mesyuarat dasar Fed.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Dollar kali terakhir dinilai pada 97.93.

Anda tahu apa yang terjadi dengan komoditi hitam pagi tadi? Baca segera artikel ini! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat