Data China Positif, Keyakinan Perniagaan New Zealand Jatuh, Pelaburan Australia Kukuh

71

Indeks sektor pembuatan China  (China manufacturing PMI) meningkat kepada 51.8 pada November melebihi jangkaan 51.5 di mana sektor perkhidmatan pula naik dari 54.3 kepada 54.8 pada tempoh sama.

Data hari ini menggambarkan ekonomi China yang lebih baik dengan momentum yang bertambah bulan ini.

Bacaan melebihi 50 menunjukkan aktiviti ekonomi yang berkembang dan sebaliknya pula menunjukkan kemelesetan.

Data ini telah menyokong kenaikan Aussie dolar pada sesi Asia yang mana China adalah negara yang banyak mengimport komoditi dari Australia untuk aktiviti pembuatan domestik.

Data keyakinan perniagaan ANZ

Sentimen perniagaan New Zealand pula jatuh kepada paras terendah lapan tahun lalu pada November. Ketidaktentuan dalam pentadbiran baru kerajaan buruh dan sektor perumahan yang perlahan telah menyebabkan sebahagian besar perniagaan pesimis dengan keadaan semasa ekonomi.

Tinjauan yang dibuat menunjukkan bacaan 39.3% respondan menjangka ekonomi akan perlahan tahun depan. Ini juga adalah jumlah pesimis yang tertinggi sejak 2009.

Data ini telah menyebabkan kejatuhan matawang NZD berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Tinjauan juga menunjukkan komponen yang melihat perniagaan mereka berkembang tahun depan jatuh daripada 22.2% kepada 6.5%.

Data pelaburan perniagaan Australia

Australia merekod bacaan kukuh dalam data pelaburan perniagaan yang ditunjukkan dalam laporan yang dikeluarkan pukul 8.30 pagi pada Khamis.

Jumlah pelaburan pada suku ketiga meningkat 1% kepada $29.368 billion dengan data kali ini sejajar dengan jangkaan yang dibuat oleh RBA (bank pusat Australia).

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat