Data CPI Jepun Positif, Yen Melonjak!

73

Yen melonjak sedikit dalam sesi Asia pada Jumaat selepas data harga pengguna dikeluarkan seperti yang diharapkan menjelang cuti umum yang agak panjang di Amerika Syarikat dan pasaran yang akan ditutup pada Isnin sempena Memorial Day Holiday.

USD/JPY berubah pada 111.99 dengan penurunan sebanyak 0.04 peratus sementara AUD/USD didagang pada 0.7456, meningkat sebanyak 0.01 peratus.

Di Jepun, harga pengguna meningkat sebanyak 0.4 peratus seperti jangkaan awal bagi bulan April, sementara harga pengguna teras negara meningkat kurang daripada jangkaan sebanyak 0.3 peratus.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding enam matawang utama yang lain kali terakhir dinilai melonjak sebanyak 0.20 peratus kepada 97.14.

Semalam, US Dollar didagangkan melebihi break-even pada Khamis selepas Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa data tuntutan pengangguran awal meningkat sebanyak 1,000 kepada 234,000 pada minggu berakhir 18 Mei d bawah jangkaan peningkatan sebanyak 5,000 pekerjaan.

Minit juga mendedahkan bahawa beberapa ahli Fed berkata kelemahan dalam suku pertama itu perlu ditunjukkan berada pada paras sederhana sebelum kadar dinaikkan pada masa depan.

Jangkaan kenaikan kadar pada bulan Jun kekal kukuh apabila dicatat pada bacaan 80 peratus.

Harga Bitcoin Kini Melepasi Angka $2500 Paras Tertinggi Terkini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat