Harga Bitcoin Kini Melepasi Angka $2500 Paras Tertinggi Terkini

163

Harga Bitcoin meneruskan kenaikan pada Khamis seterusnya mencapai paras tertinggi. Matawang digital ini telah meningkat sebanyak 170% tahun ini.

Kadar tukaran BTC/USD naik sehingga 9.2% kepada $2,732.61 setakat pukul 8 malam tadi. Sepanjang hari ini harga bergerak di antara $2475.07 dan $2556.97.

Minggu ini menjadi satu tempoh yang begitu berjaya kepada bitcoin dengan harga pada mulanya melepasi paras $2000 dan kini telah didagang di atas $2500 dalam hanya lima hari dagangan. Minggu ini sahaja bitcoin telah meningkat 40% dan 468% sejak 12 bulan lalu.

Dengan kenaikan ini, modal pasaran bitcoin kini melebihi $41 billion.

Pasaran bitcoin dipandu lebih tinggi oleh ketidaktentuan politik di mana kini bitcoin juga menjadi salah satu aset safe haven di pasaran. Pelabur-pelabur institusi juga telah memberi perhatian kepada aset digital ini yang mendapat permintaan tinggi dalam suasana pasaran yang berisiko.

JPMorgan Chase sebelum ini juga telah mengumumkan usahasama mereka dengan Zcash untuk melonjakkan lagi pemasaran Blockchain.

Blockchain adalah teknologi yang digunakan bagi jual beli bitcoin yang merekodkan segala urusan jual beli matawang digital ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat