Data Ekonomi AS Positif Dorong Peningkatan Harga Minyak Mentah

260

Khamis menyaksikan peningkatan harga minyak sebanyak 2% dalam sesi turun naik berikutan dengan tanda-tanda pemulihan dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan permintaan tinggi terhadap bahan bakar.

Namun, kenaikan harga masih dibatasi dengan kes coronavirus yang meningkat di beberapa negeri AS, dengan rekod minyak mentah Brent meningkat 74 sen (18%) ditutup pada $41.05 setong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berakhir dengan 71 sen (19%) pada $38.72.

Harga minyak susut pada awalnya sebelum menerima sokongan dari data tuntutan pengangguran di Amerika berkurang berbanding minggu sebelumnya dan permintaan bagi barang modal utama yang meningkat pada Mei.

Namun begitu, kadar tuntutan pengangguran masih lagi tinggi dan tidak mencapai jangkaan penurunan oleh pasaran dan bacaan data yang lain juga memberi gambaran kesan terhadap unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS akan susut 40% pada suku kedua.

Dilaporkan keadaan trafik di beberapa bandar utama dunia pada Jun telah kembali normal seperti situasi trafik pada 2019. Malah, penerbangan antarabangsa juga mula beroperasi dan golongan pekerja sudah kembali bekerja dengan aktiviti sampingan kembali meningkat.

Kes baru jangkitan Covid-19 yang meningkat di beberapa daerah termasuk Oklahoma, Texas dan Florida, menjadikan peningkatan harian tertinggi dalam tempoh dua bulan.

Keputusan potongan bekalan minyak mentah oleh negara-negara pengeksort petroleum (OPEC) dan seangkatannya telah mendorong pasaran minyak lebih kukuh pada April, apabila Brent berada di paras terendah 21 tahun bawah $16 setong dan minyak mentah AS menjadi negatif.

Para pelabur menunggu OPEC+ untuk menambah lagi jangka masa pemotongan hingga Julai. Mereka juga bimbang terhadap permintaan minyak setelah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan kemelesetan global yang teruk berbanding situasi sebelumnya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat