Data Ekonomi China Suram, Dagangan AUD/USD Gagal Teruskan Kenaikan

411

Pergerakan harga bagi matawang dolar Australia pada sesi Asia pagi ini kekal lemah setelah data ekonomi China yang diterbitkan bercampur-campur.

Data pengeluaran perindustrian China pada April mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding jangkaan. Namun data jualan runcit dan pelaburan aset tetap masih menunjukkan bacaan yang lemah. Kadar pengangguran juga turut mencatatkan kenaikan.

Sentimen pasaran yang bercampur-campur pada minggu ini memberi kesan pergerakan yang mendatar terhadap matawang komoditi termasuk dolar Aussie.

Pergerakan lemah Aussie pada minggu ini turut terkesan oleh laporan data pekerjaan Australia yang mencatatkan bacaan yang merosot.

Pada carta harga pasangan matawang AUD/USD, harga telah mencatatkan penurunan ke paras terendah minggu semalam hampir mencecah paras 0.64000, namun harga kembali pamerkan kenaikan pada penghujung sesi New York.

Kenaikan harga gagal diteruskan pada sesi Asia walaupun harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga di carta AUD/USD pada lonjakan sesi sebelumnya.

Pergerakan harga lebih didorong oleh perubahan nilai dagangan US dolar sepanjang minggu ini dengan tumpuan pada hari ini pula terarah pada data jualan runcit Amerika Syarikat untuk bulan April yang turut dijangka lemah.

Jika harga berjaya dilonjakkan semula, kenaikan akan menuju zon SBR (support become resistance) sekitar ketinggian 0.65100-0.65200.

Kenaikan yang diteruskan akan menuju pula zon resistance di bawah paras 0.65700 yang diuji pada dagangan April dan Mei namun masih gagal ditembusi.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan, harga akan kembali menguji paras terendah yang dicecah semalam sebelum menuju zon support pada sekitar 0.63800.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat