Data Ekonomi Positif Dorong Keyakinan Terhadap Pemulihan, Sentimen Risk-On

435

Pertumbuhan yang dipaparkan dalam data ekonomi Eropah telah meningkatkan keyakinan terhadap pemulihan global dari pandemik coronavirus, menyebabkan dagangan matawang berisiko kembali meningkat.

Euro didagangkan mengukuh selepas data menunjukkan kemerosotan yang dialami ekonomi zon Eropah semakin berkurang pada bulan ini. Indeks PMI yang dilihat sebagai ukuran ekonomi yang baik, meningkat kepada 47.5 dari 31.9 pada Mei, bergerak lebih dekat ke angka 50 yang memisahkan pertumbuhan dan penguncupan.

Sementara pound juga meraih manfaat daripada peningkatan yang dipaparkan dalam data pembuatan dan perkhidmatan UK, yang mana aktiviti perkilangan mula menunjukkan pengembangan dengan bacaan 50.1 pada bulan Jun dari 40.7 sebelumnya.

Dalam pada itu, pelonggaran sekatan di UK bermula 4 Julai yang diumumkan Perdana Menteri Boris Johnson turut memacu peningkatan pound. Sektor pelancongan, perniagaan, restoran akan dibuka semula, manakala langkah penjarakan sosial dua meter juga dilonggarkan kepada satu meter.

Bagi matawang Asia, dagangan dolar Aussie menguat setelah disokong oleh berita positif dari perjanjian perdagangan AS-China yang masih berjalan dengan baik, selain turut disokong oleh prospek terhadap pemulihan global.

Dolar kiwi pula didagangkan berhati-hati sementara pasaran menumpukan perhatian kepada mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) yang berlangsung pagi ini.

Peningkatan yang diraih loonie pula lebih sederhana setelah Amerika Syarikat mengancam untuk mengenakan semula tarif 10% ke atas import aluminium dari Kanada pada Jumaat ini jika Ottawa enggan menyekat eksportnya.

Selain itu, US dolar susut berbanding safe haven yen selepas data PMI AS menunjukkan bacaan yang mengecewakan dengan aktiviti perniagaan menguncup untuk bulan kelima berturut-turut pada Jun.

Kenaikan berterusan kes coronavirus di Amerika Syarikat, bagaimanapun, mengingatkan pasaran untuk sentiasa berwaspada untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat