Data Harga Pengguna Australia Lemah, Aud/Usd Menjunam Sebentar Tadi

41

Harga pengguna (Australia, CPI) melemah ke paras 0.5% pada suku ke-empat 2016 selepas mencatatkan kenaikan 0.7% pada suku ketiga. Pasaran menjangkakan bacaan harga pengguna berada di paras 0.7%.

Aud/Usd jatuh hampir 60 pip selepas sejam data ini dikeluarkan, berikutan data yang lemah dalam harga pengguna tersebut. Ketika ini Aud/Usd didagangkan di paras 0.7547 semasa artikel ini ditulis. Data harga pengguna yang dikeluarkan oleh Biro statistik Australia ini adalah tumpuan pasaran.

Inflasi tahunan terus memulih daripada paras rendah yang dicatatkan sejak beberapa dekad yang lepas, dengan kenaikan 1.5%. Bacaan ini naik 1.3% pada suku ketiga selepas hanya merekodkan kenaikan 1% pada suku kedua 2016.

Manakala Reserve Bank Australia (Bank Pusat) memotong kadar CPI yang hanya mencatatkan kenaikan 0.4% pada suku keempat berbanding jangkaan 0.5%.

Australia telah berusaha  untuk melawan tekanan deflasi sejak beberapa tahun ini, berikutan harga komoditi yang rendah dan permintaan yang kurang memberangsangkan. Hal ini menjadi cabaran kepada bank pusat untuk mengurangkan masalah ini. Disebabkan iitu, bank pusat mengurangkan kadar faedah polisi sebanyak dua kali tahun lepas.

Walaupun begitu, baru-baru ini data harga pengguna yang dikeluarkan oleh pihak swasta mencatatkan  bacaan yang memberangsangkan dengan kenaikan 0.5% bulan lalu yang merupakan kenaikan tertinggi sejak enam bulan lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat