Data Inflasi AS, Mesyuarat ECB Bakal Pacu EUR/USD Minggu Ini

270

Walaupun bukanlah prestasi mingguan yang memberangsangkan, namun US dolar berjaya mengekalkan pengukuhannya sehingga penutupan dagangan minggu lalu berbanding kebanyakan mata wang utama lain khususnya berbanding Euro.

Mata wang Eropah pada awal minggu ini akan dipacu oleh sentimen pilihan raya Perancis dengan laporan semasa menunjukkan Presiden Emmanuel Macron kekal mendahului undian.

Beberapa data ekonomi tumpuan Amerika Syarikat seperti data inflasi dan jualan runcit bakal memberi impak terhadap momentum pengukuhan US dolar.

Manakala pelabur Eropah pula akan berwaspada menantikan keputusan mesyuarat bank pusat Eropah pada Khamis nanti selepas terdapat isyarat untuk European Central Bank (ECB) untuk meningkatkan kadar faedah menuju penghujung tahun ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga yang berlegar pada zon 1.0800 minggu lalu berjaya meneruskan sedikit penurunan di penghujung minggu mencecah paras sekitar 1.08400 untuk rekod paras terendah 4 minggu.

Namun harga sedikit meningkat pada penghujung sesi terakhir minggu tersebut dengan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Memulakan dagangan pada awal minggu ini, harga dibuka sedikit tinggi berbanding penutupan minggu lalu namun kembali paparkan penurunan semula ke paras MA50.

Masih awal untuk memberi sebarang petunjuk kepada pelabur, pergerakan harga pada sesi Eropah dan New York akan dipantau.

Sekiranya harga menyambung semula pergerakan pada trend bearish minggu lalu, zon support pada 1.08000 akan kembali diuji setelah turut diuji pada dagangan awal Mac lalu.

Untuk penurunan lebih rendah yang berjaya diteruskan, sasaran adalah untuk menuju zon sekitar 1.07000 untuk harga catatkan paras terendah terbaru 2 tahun.

Sebaliknya jika kenaikan harga pula yang berlaku, rintangan harga yang bakal diuji dilihat berada pada paras 1.1000.

Kenaikan lebih tinggi melepasi paras tersebut untuk memberi isyarat perubahan trend bullish akan mensasarkan zon rintangan pada 1.12000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat