Data Inflasi Kanada Bulan Disember Mencemaskan, Apakah Tindakan BOC Seterusnya?

379

Kadar inflasi tahunan Kanada meningkat semula pada bulan Disember sehingga mencecah ke paras tertinggi 30 tahun, didorong oleh harga yang lebih tinggi untuk makanan, kenderaan dan tempat tinggal berdasarkan data yang dikeluarkan pada hari Rabu.

Inflasi dilaporkan meningkat kepada 4.8%, sejajar dengan jangkaan pasaran dan meningkat daripada bacaan bulan November yang mencatat bacaan sebanyak 4.7%. Berdasarkan laporan Jabatan Statistik Kanada, ia adalah bulan kesembilan berturut-turut dimana inflasi utama mengatasi julat sasaran bank pusat iaitu antara 1%-3%.

Bacaan data inflasi ini dapat meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat akan mula menaikkan kadar faedah pada minggu hadapan, walaupun ketidakpastian mengenai kesan varian Omicron Covid-19.

Ukuran biasa CPI, yang dikatakan oleh bank pusat sebagai ukuran terbaik bagi mengukur prestasi ekonomi yang kurang baik, meningkat kepada 2.1% daripada 2.0% pada November. Kali terakhir ia mencecah 2.1% adalah pada Februari 2012. Median CPI meningkat kepada 3.0% dan pengurangan CPI masing-masing meningkat kepada 3.7%.

Matawang Kanada mencecah paras tertinggi enam hari pada paras dagangan 1.2451 berbanding US dolar. Tumpuan pelabur Kanada yang seterusnya adalah pada data julan runcit Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat