Kadar inflasi tahunan Kanada dilaporkan meningkat dua kali ganda pada bulan Mac kepada kadar 2.2% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik pada hari Rabu berikutan disokong oleh peningkatan harga dalam sektor tenaga yang lebih tinggi dan pemulihan dari pandemik Covid-19.
Berdasarkan tijauan Reuters, penganalsis meramalkan kadar faedah akan mencatat pada bacaan 2.3% setahun pada bulan Mac iaitu naik daripada bacaan bulan Februari yang mencatat bacaan pada 1.1%. Harga tenaga meningkat 19.1% dari tahun ke tahun, sementara inflasi tidak termasuk petrol dan makanan meningkat 0.9% berbanding tahun lalu.
Ahli ekonomi utama di berpendapat Royal Bank of Canada,Nathan Janzen bahawa lonjakan pada bulan adalah menepati sasaran dan didorong oleh kenaikan harga dalam sektor tenaga. Dalam masa yang sama, petunjuk BoC juga bergerak lebih tinggi pada bulan Mac iaitu atas sasaran inflasi 2.2% BoC.
Menurut Jabatan Statistik, sebeblum ini inflasi adalah terkesan disebabkan penurunan harga yang besar pada awal penularan wabak Covid-19 sehingga memberi kesan ke atas pada tingkat inflasi pengguna dari tahun ke tahun.
Bank of Canada dijangka mengekalkan kadar faedah utamanya pada 0.25% pada hari Rabu, dan akan mengemas kini ramalan pertumbuhan dan inflasi.
Dolar Kanada diperdagangkan 0.1% lebih tinggi pada 0.8005 berbanding dolar AS susulan laporan ini dikeluarkan.