Data Jualan Runcit AS Kembali Mengukuhkan Matawang USD

353

US dolar melonjak ke paras tertinggi lapan bulan berbanding safe-haven yen, dipacu oleh penerbitan data yang menggambarkan ekonomi A.S yang positif. Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama pula nmengukuh pada $97.32.

Jualan runcit A.S catat peningkatan buat bulan ketiga berturut-turut pada Disember, disokong oleh isi rumah yang membeli pelbagai barangan walaupun dengan pembelian kenderaan bermotor dikurangkan. Ini menunjukkan ekonomi mengekalkan pertumbuhan sederhana pada akhir tahun 2019.

Jumlah tuntutan rakyat Amerika yang memohon tuntutan faedah pengangguran pula menunjukkan penurunan untuk minggu kelima berturut-turut, membuktikan pasaran buruh di A.S masih kukuh.

Dolar Kanada kembali diniagakan menyusut berbanding US dolar sementara menantikan keputusan oleh Kanada mengenai perjanjian perdagangan antara A.S, Mexico dan Kanada (USMCA) yang sebelum ini telah mendapatkan kelulusan daripada Senat A.S.

Matawang sterling mencatat peningkatan selepas mengalami kejatuhan ketara susulan ahli-ahli Bank Pusat England (BoE) menyatakan kesediaan mereka untuk pengurangan kadar faedah akhir bulan ini sementara turut ditekan oleh data inflasi yang lemah.

Pengeluaran data jualan runcit UK bagi bulan Disember pada hari ini dan diikuti dengan laporan tinjauan PMI pada minggu depan akan menjadi tumpuan utama pelabur.

Jika ekonomi UK masih gagal memperlihatkan peningkatan selepas pilihan raya, ia akan menguatkan lagi jangkaan untuk pemotongan kadar faedah dan matawang pound pula terus rendah.

Dolar euro kembali didagangkan merosot berbanding US dolar memandangkan matawang itu mula meraih pengukuhan, disokong oleh data jualan runcit yang memberangsangkan.

Minit mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) yang diterbitkan malam tadi, menunjukkan kenyataan positif daripada ahli ECB ekoran terdapat petunjuk bahawa inflasi teras meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat