Data Jualan Runcit Mungkin Kukuh Tapi Unjuran Gergasi Runcit Tidak

226

‘Prestasi syarikat runcit jatuh tapi data peruncitan naik? Apa yang berlaku ni?’

Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) menerbitkan data jualan runcit bulan Oktober yang kukuh, namun terbitan laporan pendapatan suku ke-3 Target Corp yang suram menyebabkan ekuiti susut.

Gergasi peruncitan AS tersebut mengunjurkan penurunan permintaan pengguna menjelang musim percutian (Krismas) dan mengakibatkan saham syarikat susut 15% semasa dagangan sesi New York.

Ulas Ketua Eksekutif Target, Brain Cornell, keputusan laporan suku ke-3 ‘berada di bawah jangkaan’ dengan inflasi dan kenaikan kos pinjaman memaksa pengguna mengubah corak perbelanjaan.

Jelasnya bahawa pengguna ‘berasa tertekan’ ekoran lonjakan inflasi, peningkatan kadar faedah dan ketidaktentuan prospek ekonomi sehingga berlakunya perubahan perbelanjaan isi rumah dalam menempuhi cabaran pada masa depan.

Perubahan corak perbelanjaan pengguna tersebut disahkan Ketua Pegawai Pertumbuhan Target, Christina Hennington yang secara tidak langsung menurunkan unjuran syarikat pada suku seterusnya.

Ia bukan sesuatu yang baru bagi Target memandangkan gergasi peruncitan itu sudah beberapa kali mengemas kini unjurannya pada tahun ini, dengan ia bergelut mengosongkan inventori dan menawarkan diskaun untuk imbangi margin.

Lantaran itu, Target meletakkan unjuran penjualan pada suku ke-4 turun ke satu digit berdasarkan corak prestasi semasa syarikat pada November.

Selain itu, syarikat rancang mengurangkan kos sebanyak $2 bilion ke $3 bilion untuk 3 tahun seterusnya tegas Ketua Pegawai Kewangan, Michael Fiddelke.

Dalam pada itu, penyusutan saham Target cetus penjualan pelabur pada saham peruncit lain dengan pesaing Walmart sahaja memperlihatkan kenaikan pada 0.4%.

Ia turut membawa indeks-indeks utama Wall Street untuk susut dengan Dow Jones Jones Industrial jatuh 0.12%, S&P 500 hilang 0.83% dan Nasdaq Composite turun 1.54%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat