Data KDNK AS Cetus Amaran, BTC Bergerak Tak Menentu!

274

“Alaaa sabar sikit, mungkin lepas ni baru nak naik tinggi ke.”

Data makroekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kurang memberangsangkan telah mendorong harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) menembusi $69,510 pada pagi tadi tetapi malangnya gagal mengekalkan kedudukannya dalam jangka panjang.

Dilaporkan, terbitan data Indeks Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) malam semalam telah menurun 1.3% daripada 1.6% manakala tuntutan pengangguran pula pada 219,000 yang mengatasi jangkaan 216,000.

Jadi di sini dapat dilihat jangkaan pasaran lebih luas berada dalam keadaan yang munasabah, ulas trader terkemuka Skew sambil menambah kemerosotan dalam risiko sudah jelas jika KDNK dan tuntutan pengangguran datang lebih rendah daripada dijangkakan.

Namun perlu diketahui BTC mungkin akan melihat pergerakan mendatar buat masa ini susulan para pelabur akan menunggu keputusan inflasi AS pada bulan depan sebelum mempertimbangkan sama ada harganya bakal melepasi paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang dicapai pada Mac 2024 atau tidak.

Pelabur kini memberi tumpuan pada angka inflasi PCE dan teras PCE di mana Biro Analisis Ekonomi AS bakal mengeluarkan data inflasi utama yang akan menentukan arah pasaran kripto dalam masa beberapa minggu.

Meskipun begitu, whales BTC bertindak mengambil kesempatan daripada correction semasa untuk memperoleh sebanyak mungkin BTC pada harga diskaun susulan mereka sangat optimistik dengan masa depan aset digital itu.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 1.01% pada paras $68,530 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.3 trilion seterusnya mencatatkan pendakian 1.12% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat