Data KDNK AS Hampa, BTC Rebah Tapi…

583

“Hmm sekarang BTC macam mendatar je, agaknya bila harganya nak beri kejutan?”

Terbitan data Indeks Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) semalam yang merudum 1.6% berbanding jangkaan 2.5% telah menyebabkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) susut ke $62,186 sebelum pulih semula di atas $65,000.

Bukan itu sahaja, Indeks Harga PCE Teras yang melihat kenaikan besar daripada 2.0% kepada 3.7% manakala data inflasi PCE pula raih 3.8% daripada 1.8% telah menyebabkan para pelabur bimbang mengenai pendirian hawkish yang akan dilakukan Federal Reserve (Fed).

Sentimen pelabur turut terjejas disebabkan kebimbangan terhadap peningkatan inflasi dan prestasi ekonomi tidak memberangsangkan ditambah pula terdapat penangguhan jangkaan pemotongan kadar faedah oleh Fed yang mampu mempengaruhi kripto.

Namun, kini adalah masa terbaik untuk membeli BTC jika dilihat dari segi metrik kadar pembiayaan berwajaran market value to realized value (MVRV) dan Open Interest (OI), ulas trader dikenali sebagai Mister Crypto dalam platform X yang memiliki 94,100 pengikut.

Suka dimaklumkan kadar pendanaan lebih tinggi menandakan minat yang meningkat dalam dagangan long yang mencerminkan sentimen lebih menaik dalam pasaran kripto yang sejak kebelakangan ini makin raih perhatian.

Selain itu, bank-bank besar AS seperti Morgan Stanley sedang berada dalam proses membenarkan broker mereka mengesyorkan BTC ETF secara aktif di mana ia boleh membawa peningkatan aliran masuk modal pada produk pelaburan yang seterusnya mempengaruhi harga kripto secara positif.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 0.47% pada paras $64,428 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 5.56% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat