Data KDNK AS Kukuh, ECB Kekal ‘Dovish’ Selepas Mesyuarat?

255

US dolar papar pergerakan bercampur di sesi New York semalam, namun berjaya tampil kukuh di awal sesi ketika reaksi terhadap data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Bacaan awal pertumbuhan ekonomi bagi suku ketiga itu diterbitkan kukuh dengan meningkat kepada 4.9% mengatasi ramalan 4.5%.

Ini menunjukkan pengembangan ekonomi AS yang mampan walaupun dasar monetari diketatkan dengan kadar faedah yang tinggi oleh bank pusat.

Turut diberi tumpuan sebelum data tersebut diterbitkan, pelabur memerhati keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah untuk edisi November.

European Central Bank (ECB) tepati ramalan untuk mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50%.

Pasaran kemudiannya meneliti ucapan susulan yang disampaikan oleh Presiden ECB Christine Lagarde yang dinilai agak bernada dovish.

Menurut Lagarde, ekonomi dilihat lemah sepanjang tahun 2023 dan terdapat petunjuk pasaran buruh juga merosot.

Mata wang Euro tidak menunjukkan pergerakan yang ketara, kukuh seketika pada awal keputusan mesyuarat namun kembali bergerak suram semula sehingga ke penutup sesi New York.

Antara tumpuan lain dalam pasaran semalam adalah pergerakan drastik mata wang Yen pada sesi Eropah.

Berlaku pergerakan volatile harga pada carta harga pasangan mata wang USD/JPY yang menjunam ke paras ¥150.00 dan lonjakan pula mencapai ketinggian terbaru sekitar ¥150.80 yang menjangkakan berlaku campur tangan bank pusat Jepun dalam pasaran.

Mata wang Asia, dolar Australia dan New Zealand masing-masing papar sedikit peningkatan semula sehingga ke sesi Asia pagi ini (Jumaat) susulan penyusutan US dolar di penghujung sesi New York.

Perkembangan pasaran komoditi, harga minyak kembali alami kejatuhan semula pada Khamis semalam dengan harga minyak WTI susut semula ke paras $82.40 manakala minyak Brent jatuh ke sekitar $86.60.

Harga emas bergerak perlahan namun kekal didagangkan di atas paras $1,980 dengan sasaran pelabur untuk mencapai paras harga $2,000 di penutup minggu ini.

Perkembangan konflik perang, Israel meningkatkan serangan udara ke atas Gaza dan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengatakan itu hanyalah permulaan dan memberi amaran kini mereka sedang bersiap untuk pencerobohan darat.

Pemain pasaran dijangka akan bersedia untuk sebarang risiko yang bakal melanda dengan ketegangan geopolitik yang kekal berlarutan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat