Data Negatif dari Australia Membenam Aussie. Macam Mana Pula Dengan NZD, JPY dan GBP?

43

Matawang Aussie merosot dalam sesi Asia selepas data kelulusan bangunan dilaporkan melemah dalam sesi ini. Sebaliknya, yen melonjak menjelang kajian semula dasar oleh Fed dan pilihanraya presiden AS pada minggu depan.

Australia sebelum ini melaporkan kelulusan bangunan bagi bulan September merosot, manakala kelulusan rumah swasta meningkat berbanding bulan sebelumnya. Bilangan tempat kediaman juga dilaporkan mengalami penurunan mendadak bagi bulan September.

Jadi, AUD/USD didagang merosot dalam sesi ini. Sementara itu, 2 pair matawang utama yang lain iaitu USD/JPY dan GBP/USD juga menjunam dalam sesi dagangan ini.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar melawan 6 matawang utama jatuh 0.08%.

Terdahulu, New Zealand melaporkan kadar pengangguran merosot bagi suku ketiga. Data itu juga terus menyokong kenaikan kiwi sebanyak 0.35%.

NZD/USD, 30 minit
NZD/USD, 30 minit

Bank pusat AS dijangka tidak akan menaikkan kadar faedah, namun boleh memberi isyarat bagi sebarang kemungkinan yang bakal berlaku pada bulan Disember nanti.

Semalam, US Dollar mula jatuh ke paras terendah apabila kebanyakan pelabur terlalu berhati-hati untuk membeli matawang itu gara-gara ketidaktentuan pasaran.

Selain itu, isu yang menimpa Hillary Clinton terhadap tuduhan menggunakan emel peribadi sewaktu menggalas jawatan sebagai Setiausaha Negara juga turut membenam matawang US Dollar dari bergerak ke paras yang lebih tinggi dalam sesi ini.

 

Logam Kuning Ambik Kesempatan Atas Kelemahan Matawang Greenback!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat