Data NFP Kukuh Gegarkan Pasaran Namun Masih Ada Kebimbangan! Ini Sebabnya!

1,155

Pasaran buruh A.S menunjukkan prestasi yang semakin memberangsangkan pada bulan Februari.Hal ini sekaligus menghidupkan kembali harapan pasaran bahawa pemulihan ekonomi akan lebih pantas. Walaupun dengan kes jangkitan Covid-19 di Amerika Syarikat masih tinggi dan sekatan yang dikenakan oleh kerajaan yang menghadkan operasi perniagaan, pengambilan pekerja meningkat dengan pesat.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja, NFP mencatat peningkatan sebanyak 379,000 sehingga pertengahan bulan Februari. Peningkatan hampir dua kali ganda daripada jangkaan para pakar yang sasarkan hanya 182,000. Prestasi ini membawa indikasi bahawa pasaran buruh di A.S semakin pulih.

Bacaan NFP bagi bulan Januari dinilai semula dan menunjukkan perubahan mendadak dengan kenaikan lebih dari 100,000 iaitu sehingga angka bacaan terbaru ialah 166,000.Angka-angka tersebut cenderung meningkatkan kebimbangan bahawa Federal Reserve akan mula menarik balik rangsangan monetari lebih cepat daripada yang dirancang sebelumnya.

Pasaran saham hadapan Dow Jones melonjak 215 mata susuluan laporan NFP yang kukuh. Bursa pasaran hadapan S&P 500 dan Nasdaq 100 masing-masing naik 0.7% dan 0.2%. Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama lain terus mengukuh dengan kenaikan 0.39% kepada paras tukaran 92.00.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat