Data Pekerjaan Australia Beri Kesan Pergerakan AUD/USD

173

Laporan data pekerjaan Australia diberi tumpuan pada dagangan sesi Asia pagi ini yang telah memberi kesan kepada pergerakan mata wang dolar Aussie.

Meneliti laporan, ekonomi menambah pekerjaan yang lemah dengan angka 500 sahaja berbanding ramalan 26,400 untuk bulan Januari.

Sementara, menambahkan kebimbangan apabila kadar pengangguran Australia untuk Januari dilaporkan meningkat kepada 4.1% lebih tinggi berbanding ramalan 4.0%, mengatasi bacaan 3.9% pada bulan sebelumnya.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan mata wang AUD/USD pagi tadi, penurunan harga telah dipaparkan, namun ia lebih perlahan berbanding corak kenaikan harga semalam.

Pada Rabu semalam, harga telah kembali membuat kenaikan semula selepas tidak menyambung terjunan yang berlaku pada hari sebelumnya yang mencecah zon 0.64500.

Di sesi Asia pagi tadi, harga menguji paras 0.65000 sebelum penurunan harga dibuat susulan reaksi data diterbitkan.

Namun harga dilihat meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD itu sementara diperhatikan pelabur bagi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Jika harga berjaya membuat kenaikan semula, paras 0.65000 sebagai rintangan harus ditembusi untuk meneruskan pendakian harga ke paras lebih tinggi.

Rintangan berikutnya berada pada sekitar 0.65400 yang diuji pada awal minggu dan juga menjadi tumpuan pada minggu lalu.

Namun jika harga mempamerkan corak penurunan selepas ini, zon support 0.64500 sekali lagi akan diuji.

Jika tembus lebih rendah, harga akan meneruskan pergerakan trend bearish untuk menuju sekitar 0.64000 dan catatkan paras terendah terbaru.

Lihat gambar carta harga pasangan AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat