Data Pekerjaan NFP Bertumbuh Sederhana – Kekhuatiran Pasaran Mulai Reda!

358

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat mencatat peningkatan secara sederhana pada bulan September dengan kadar pengangguran jauh ke paras terendah 50 tahun lalu iaitu pada paras 3.5%. Laporan yang dikeluarkan ini telah meredakan sedikit kebimbangan pasaran bahawa ekonomi berada di ambang kemelesetan ekonomi.

Walaubagaimanapun, pertumbuhan gaji bulanan tidak berubah dan gaji sektor pembuatan jatuh buat pertama kali dalam tempoh 6 bulan. Disisi lain, sektor peruncitan meneruskan pengurangan penawaran kerja.

Laporan yang dikeluarkan Jabatan Buruh pada hari ini merupakan laporan yang dinantikan selepas beberapa data yang dikeluarkan dalam minggu yang sama menunjukkan aktiviti pembuatan jatuh merosot ke paras 10 tahun rendah pada bulan September dan pertumbuhan sektor perkhidmatan pula hanya mencatat pertumbuhan perlahan yang dikecapi pada tahun 2016 lalu.

Dalam masa yang sama perang dagang antara Amerika Syarikat dan China telah berlangsung selama 15 bulan dan terdapat tanda-tanda bahawa ini memberi impak terhadap ekonomi. Justeru pasaran buruh yang kukuh adalah sangat penting dalam berhadapan penguncupan ekonomi.

Nonfarm payrolls meningkat sebanyak 136,00 pekerjaan pada bulan lepas. Data bulan Ogos pula dinilai semula daripada 130,000 pekerjaan kepada 168,000 bilangan pekerjaan.

Walaupun dengan pertumbuhan pekerjaan pada kadar sederhana dan kadar pengganguran berkurangan,pakar ekonomi menjangkakan the Fed akan mengurangkan kadar faedah sekali lagi pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat