Data Penting: Bacaan CPI Disember Dorong Pelabur Memilih USD?

230

Harga pengguna Amerika Syarikat (A.S) dilaporkan meningkat pada bulan Disember berikutan isi rumah membayar lebih banyak untuk petrol. Walaupun begitu, kadar inflasi tetap berada paras yang stabil walaupun rakyat Amerika dihimpit dengan krisis penularan wabak Covid-19.

Jumlah kes positif COVID-19 di negara Amerika Syarikat (AS) setakat Sabtu sudah melebihi dua puluh tiga juta orang. Perkembangan itu sekali gus membawa maksud, seorang penduduk negara Uncle Sam itu dijangkiti COVID-19 adalah tinggi.

Rekod berkenaan juga menjadikan AS muncul sebagai negara yang mencatatkan jumlah kes tertinggi COVID-19 di dunia setakat ini. Untuk rekod juga, lebih 3 ratus ribu kematian dicatatkan di AS.

Walaupun dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin marak, Jabatan Tenaga Kerja melaporkan bahawa indeks harga pengguna (CPI) meningkat 0.4% pada bulan lalu setelah meningkat 0.2% pada bulan November.

Dalam tempoh 12 bulan sehingga Disember, bacaan CPI meningkat 1.4% setelah meningkat 1.2% pada bulan November.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding matawang utama mencatat peningkatan sebanyak 0.3% kepada paras tukaran 90.328 selepas menyusut lebih dari 0.5% sepanjang minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat