“Entah betul ke tidak harga BTC akan turun naik laju, takut hambar je nanti.”
Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) yang kini berada di bawah $26,500 selepas menjunam sehingga $26,000 dijangka bakal menyaksikan penurunan lagi susulan terdapat peristiwa kewangan penting pada minggu ini.
Dilaporkan bahawa terbitan data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dan data jualan rumah baharu akan dijadualkan pada hari ini manakala data Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pula pada 28 September 2023.
Pada hari sama, data jualan rumah juga bakal dikeluarkan diikuti dengan ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, kemudian data inflasi PCE untuk Ogos 2023 pula akan diterbitkan pada Jumaat minggu ini.
Memang tidak dinafikan peristiwa makroekonomi pada minggu lepas tidak memberi kesan kepada pasaran kripto, tetapi perlu diketahui pengumuman minggu ini dapat mendorong harga BTC termasuk aset digital lain untuk melihat pergerakan turun naik yang ketara.
Menurut beberapa penganalisis, angka tahunan dijangka turun daripada 4.2% kepada 3.9% dan ucapan Powell itu akan dianalisis dengan teliti untuk menentukan bagaimana dasar ekonomi mungkin berlaku pada masa hadapan.
Sekiranya bacaan positif, pasaran kripto termasuk BTC berpotensi untuk naik tetapi keadaan boleh bertukar sebaliknya jika bacaan didapati negatif.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC merosot sebanyak 0.14% pada paras $26,262 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $512 bilion seterusnya mencatatkan penyusutan 1.72% sepanjang minggu lepas.
Manakala kripto kedua terbesar Ethereum (ETH) pula mencanak 0.24% pada paras $1,587 dalam tempoh 24 jam terakhir, namun masih merekodkan penurunan 2.77% dalam masa tujuh hari lepas dan Ripple (XRP) raih $0.33 pada $0.50.