Data Perkerjaan Kanada Melonjak Tinggi, Ini Perkara Perlu Diketahui Pasaran!

450

Pasaran Buruh Kanada berjaya menambah bilangan pekerjaan melebih jangkaan pada bulan apabila kerajaan menarik balik sekatan Covid-19 yang dikenakan bertujuan untuk membendung penularan varian Omicron.

Kanada telah berjaya menambah 336,600 pekerjaan pada Februari. Angka ini adalah diluar jangkaan pada pakar ekonomi dan berjaya menebus kembali kerugian yang dicatat sebelum. Para ahli ekonomi hanya menjangkakan pertambahan sebanyak 127,500. Kadar pengangguran turun kepada 5.5%, daripada 6.5% pada Januari.

Sekatan untuk menghentikan gelombang Omicron sebelm ini telah menyekat pertambahan pekerjaan berturut-turut selama 7 bulan di Kanada namun laporan hari Jumaat menunjukkan pemulihan pantas selepas wilayah di seluruh negara mula melonggarkan langkah-langkah pembendungan pandemik.

Itu meletakkan ekonomi kembali berbanding apa yang Bank of Canada percaya sebagai kapasiti penuh, dan akan mengukuhkan jangkaan untuk sebanyak enam lagi kenaikan kadar faedah tahun ini selepas bank pusat memulakan kitaran menaikkan kadar pada awal bulan ini.

Pasaran buruh yang ketat telah berterusan sepanjang gelombang Omicron, dengan kadar pengangguran kekal di bawah paras pra-pandemi di Kanada termasuk Alberta dan British Columbia, berdasarkan laporan 10 Mac dari RBC Economics.

Negara itu kehilangan kira-kira 200,000 pekerjaan pada Januari, kebanyakannya dalam sektor yang terdedah kepada pandemik seperti perhotelan dan restoran. Industri itu mencatatkan keuntungan terbesar pada bulan Februari, dengan peningkatan 12.6%.

Matawang Kanada terus mengukuh berbanding US dolar dengan USD/CAD susut sebanyak 0.42% kepada 1.2714.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat