Data Permintaan Industri Jerman Terus Merosot, Kemelesetan Makin Hampir?

190

Ketidaktentuan dalam pasaran dunia didorong oleh data ekonomi yang lemah di Amerika Syarikat, China dan Eropah membuktikan bahawa perang perdagangan telah menjejaskan perdagangan dan pertumbuhan global.

Melalui perkembangan terbaru di Eropah, laporan permintaan industri Jerman mencatatkan penurunan iaitu lebih rendah daripada yang diunjurkan pada bulan Ogos berikutan permintaan dalam negeri yang lemah menambah tanda-tanda bahawa ia akan mendorong Jerman ke dalam kemelesetan.

Mata wang euro terus mengalami penyusutan berbanding dolar USD dengan menghampiri paras 1.0950. Menurut kenyataan Kementerian Ekonomi Jerman, kontrak untuk barangan buatan Jerman turun 0.6% berbanding bulan sebelumnya dengan permintaan untuk barang modal pula menyusut 1.6%.

Ekonomi merosot sebanyak 0.1% pada suku kedua dan penurunan dalam data baru-baru ini menunjukkan kelemahan berterusan dalam sektor pembuatan pada suku ketiga. Memetik kepada laporan Reuters, kebanyakan pakar ekonomi mendefinisikan kemelesetan apabila berlaku dua penyusutan secara terus dalam indikator ekonomi.

Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan Olaf Scholz minggu lalu, Jerman akan dapat menangani krisis ekonomi tetapi beliau tidak menjangkakan akan berlaku kemerosotan yang teruk seperti tahun 2008/2009.

Sektor pembuatan Jerman merupakan pemacu utama ekonomi zon Eropah dan bagi menstabilkan mata wang euro, data ekonomi negara itu perlu menunjukkan pemulihan dan bagi memulihkannya, AS dan China perlu mencapai kesepakatan dalam rundingan perdagangan hujung minggu ini.

Bagaimanapun, perkhabaran mengenai pegawai China minggu ini dijangka datang dengan perbincangan tanpa melibatkan apa-apa yang berkaitan dengan dasar industri atau subsidi menyebabkan kebimbangan terhadap kegagalan rundingan tersebut semakin meningkat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat