Data Pertumbuhan GDP Kanada Jadi Tumpuan Sesi Pasaran New York

365

Setakat sesi dagangan Eropah hari ini, pergerakan pasaran dilihat agak tenang dengan beberapa matawang utama masih kekal diniagakan lemah sehingga penghujung minggu.

Dagangan dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini dilihat lebih digerakkan oleh perkembangan rundingan dagang AS-China dengan perubahan yang kerap terhadap sentimen pasaran.

Pada waktu ini, ketegangan perang dagang dua ekonomi gergasi dunia itu dilihat sedikit reda selepas kedua-dua pihak dikatakan sedang berbincang untuk mengadakan pertemuan bersemuka pada September ini selepas kenaikan tarif terbaru telah meningkatkan kebimbangan pasaran global.

Dagangan matawang safe-haven terutama Yen dan Swiss franc juga mula menunjukkan penurunan pada nilai dagangan menjelang penghujung minggu berikutan pemulihan pada sentimen pasaran semasa.

Dolar Euro kekal lemah selepas berdepan pergolakan politik di Itali dengan peletakan jawatan Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte sebelum ini dan kini kembali menjawat semula jawatan tersebut.

Sementara krisis Brexit kekal membebankan matawang dagangan Pound Sterling sepanjang minggu ini dan menekan semula matawang British tersebut selepas melonjak tinggi pada dagangan minggu sebelumnya.

Bacaan data ekonomi di Eropah terutama di Jerman dan Britain juga diterjemahkan merosot oleh pasaran dan terus menghalang matawang Eropah tersebut untuk kembali mengukuh.

Sentimen perang dagang yang kembali pulih turut menyokong dagangan Aussie berikutan faktor rakan dagang Australia bersama China. Namun, data permit pembinaan bangunan yang mencatatkan kejatuhan kembali menekan matawang dolar AUD itu.

Pasaran akan memberi tumpuan pada data pertumbuhan GDP di Kanada pada jam 8.30 malam ini. Dagangan dolar CAD pada minggu ini digerakkan oleh turun naik harga minyak mentah yang agak tidak stabil ekoran perubahan kerap pada sentimen perang dagang AS-China.

Turut dikeluarkan pada waktu yang sama adalah data perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat untuk bulan Julai. Bacaan data dijangka akan sedikit meningkat berbanding bacaan pada Jun.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat