Data PMI Sektor Perkhidmtan US Melebihi Jangkaan Pasaran

65

Data PMI sektor perkhidmatan US berkembang lebih pantas daripada jangkaan pada bulan lepas menurut laporan industri yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam laporan tersebut, Institute Supply Management (ISM) menyatakan indeks PMI sektor perkhidmatan naik kepada 57.5 pada April dari 55.2 sebelum ini. Jangkaan pasaran bagi data kali ini ialah 56.1.

Sebarang bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

Komponen aktiviti perniagaan naik kepada 62.4 dari 58.9 pada bulan sebelum.

Manakala indeks pekerjaan jatuh kepada 51.4 daripada 51.6 sebelum ini. Komponen tempahan baru naik kepada 63.2 dari 58.9. Indeks harga pula naik kepada 57.6 dari 53.5.

Menurut laporan ISM yang dikeluarkan pada Isnin, sektor pembuatan semakin perlahan kepada paras terendah empat bulan lalu. Indeks sektor pembuatan US ISM merosot kepada 54.8 pada April dari 57.2 sebelum ini. Jangkaan pasaran kali ini indeks hanya merosot kepada 56.5 dan merupakan bacaan terendah sejak empat bulan lalu.

US dolar bergerak tinggi selepas data ini dikeluarkan dengan Usd/Jpy capai paras tertinggi enam minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat