Data Positif Bagi Sektor Pembinaan UK Pada November

47

Data sektor pembuatan UK dikeluarkan pada petang tadi oleh Markit yang merupakan syarikat berasaskan informasi kritikal, dan analitik yang berkaitan ekonomi dunia. Indeks Purchasing Manager (PMI) bagi bulan November mencatatkan peningkatan dari 52.8 dari 52.6 bulan Oktober. Bacaan ini merupakan catatan lebih tinggi berbanding jangkaan penganalisis sebanyak 52.2 dan tertinggi sejak lapan bulan lepas.

Aktiviti perniagaan dan tempahan baru meningkat dalam kadar tertinggi sejak Mac 2016 dan terdapat kejatuhan mendadak dalam aktiviti pembekal.

Terdapat tanda pengukuhan dalam aktiviti dalam sektor pembinaan perumahan, walaupun kadar pengembangan masih sederhana. Sektor komersial pulan mencatatkan peningkatan pertama sejak enam bulan lepas.

Kita juga dapat melihat peningkatan dalam kos berikutan inflasi yang berada di paras tertinggi sejak lima tahun lepas dengan harga yang naik-turun memberikan kesan negative kepada keyakinan di dalam pasaran secara keseluruhan.

Gunatenaga pula meningkat semula pada November berikutan peningkatan dalam penggunaan sub-kontraktor.

Data pada hari ini akan mengekalkan keyakinan yang menyelubungi prospek ekonomi dalam masa terdekat walaupun masih ada kebimbangan terhadap kelewatan projek pembinaan dalam jangka masa sederhana.

Pound Sterling atau GBP menyusut selepas data dikeluarkan yang memperlihatkan Gbp/Usd jatuh ke paras 1.2600 dari 1.2615. Walaupun data agak baik pada hari ini tidak cukup untuk membawa kenaikan Gbp/Usd naik sejurus data dikeluarkan.

Hal ini adalah biasa dalam pergerakan pasaran forex dan apa yang perlu dilakukan oleh trader-trader adalah sentiasa melihat pasaran dalam gambaran besar, kerana apa saja boleh berlaku dalam pasaran ini setiap saat. Penjagaan risiko dan pengurusan wang yang baik sangat diperlukan dalam mengharungi turun-naik (volatility) yang tidak terjangka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat