Data Positif Ekonomi China Gagal Pertahankan Kenaikan AUD/USD, Harga Sambung Penurunan Semula

352

Sesi pasaran Asia pagi ini menyaksikan peningkatan buat dagangan matawang dolar Australia susulan data ekonomi China yang diterbitkan positif.

Bacaan data PMI pembuatan China untuk bulan Jun kekal berada di atas paras 50 dengan peningkatan kepada 50.9 mata berbanding jangkaan 50.4 mata.

Sementara PMI perkhidmatan China juga turut meningkat lebih tinggi kepada 54.4 mata berbanding jangkaan dan juga bacaan bulan sebelumnya.

Oleh itu, dapat dilihat pengukuhan dolar Aussie berbanding US dolar pada kenaikan di carta pasangan matawang AUD/USD pagi Selasa.

Namun pengukuhan hanya sementara apabila harga kembali membuat penurunan semula di sesi Eropah berikutan sentimen pasaran yang masih berisiko kekal memberi kelebihan terhadap US dolar.

Harga yang telah melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan kembali bergerak lebih rendah semula dari paras tersebut dan menuju paras sokongan dagangan semalam sekitar 0.68400.

Penurunan lebih rendah dijangkakan akan menuju zon support pada 0.68000 untuk harga keluar dari zon mendatar sejak dagangan minggu lalu.

Penurunan yang diteruskan akan melihatkan harga mencatatkan paras terendah bulanan terbaru.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, zon SBR (support become resistance) pada 0.69000 akan diuji sebelum menuju ke paras ketinggian minggu lalu sekitar 0.69700.

Kenaikan lebih tinggi akan menguji pula zon resistance pada paras 0.70000 yang diuji pada 2 minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat