Lonjakan Dolar Aussie Dipacu Data Ekonomi China Yang Positif

329

Aktiviti ekonomi China dilaporkan meningkat pada bulan Jun, dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan masing-masing menunjukkan kestabilan berikutan usaha pemulihan dari sekatan coronavirus yang berterusan.

Matawang yuan China didagangkan meningkat berbanding US dolar susulan penerbitan data yang memberangsangkan itu.

Bacaan indeks PMI pembuatan China meningkat kepada 50.9, dengan bacaan di atas 50 menunjukkan pertumbuhan dalam aktiviti perkilangan. Bacaan lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 50.4 dan catatan sebelumnya 50.6.

Biro Perangkaan Negara (NBS) pada pagi ini juga menerbitkan data PMI bukan pembuatan China yang menunjukkan peningkatan pada 54.4 daripada 53.6 yang dicatatkan pada Mei dan melebihi jangkaan pasaran untuk kenaikan 53.3.

Ini juga menunjukkan peningkatan untuk bulan keempat berturut-turut dalam aktiviti perkilangan dan perkhidmatan. Bacaan yang direkodkan sektor pembuatan adalah paling kukuh sejak Mac, dan tertinggi sejak Januari bagi perkhidmatan. Ini didorong oleh lebih banyak perniagaan yang kembali beroperasi setalah sekatan coronavirus dilonggarkan.

Dolar Aussie diniagakan meningkat disokong oleh data China yang optimis ini. Namun, peningkatannya agak terbatas berikutan sentimen berisiko yang masih membelenggu pasaran.

Pasaran pada mulanya menyambut baik bacaan data AS yang menunjukkan aktiviti pasaran perumahan pulih dengan cepat walaupun dibelenggu kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes coronavirus.

Bagaimanapun, kegembiraan ini tidak kekal lama apabila Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO) memberi amaran bahawa dunia masih belum mencapai tahap terburuk Covid-19.

Selain itu, tindakan Amerika Syarikat menghentikan eksport pertahanan ke Hong Kong dan menyekat akses wilayah itu dari penggunaan produk berteknologi tinggi, juga telah menambah tekanan kepada sentimen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat