Data Positif New Zealand Disambut Baik Trader NZD!

174

Laporan pekerjaan New Zealand memaparkan pengukuhan pada suku pertama, dengan pengangguran mencatatkan penurunan lebih tinggi daripada dijangkakan walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah orang yang mencari pekerjaan (kadar penyertaan).

Pada sesi Asia, Statistik New Zealand melaporkan penurunan dalam kadar pengangguran pada 4.7%, melebihi jangkaan pasaran untuk kekal pada angka 4.9% yang direkodkan pada suku keempat.

Sementara pekerjaan dilaporkan meningkat 0.6% dari tiga bulan sebelumnya, dua kali ganda daripada unjuran 0.3%.

Keyakinan perniagaan New Zealand pulih pada akhir 2020 setelah pemulihan ekonomi berbentuk V, mendorong syarikat untuk mengambil lebih banyak pekerjaan.

Walaupun kadar pengangguran tidak meningkat ke tahap yang dibimbangkan, tetapi ia masih di bawah 4% tahap yang dicapainya pada 2019. Ini menandakan bank pusat akan terus mengekalkan rangsangan ekonomi untuk beberapa waktu.

Dolar New Zealand melonjak lebih tinggi susulan laporan tersebut, menyebabkannya didagangkan kukuh berbanding dolar greenback.

Meskipun data yang positif ini tidak akan mempengaruhi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mengubah dasar semasa, tetapi ekonomi jelas menunjukkan prestasi lebih baik daripada yang dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat